fb fb fb fb fb

Isu tanah jejas kemajuan projek jalan berkembar ke Lapangan Terbang Bintulu

Tinjauan ke tapak projek pembinaan jalan raya berkembar dari Jambatan Kemena ke Jalan Lapangan Terbang Bintulu

BINTULU, 14 September - Kemajuan projek pembinaan jalan raya berkembar dari Jambatan Kemena ke Jalan Lapangan Terbang Bintulu sedikit perlahan susulan isu tanah di kawasan terlibat.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, isu tersebut menyebabkan kelewatan, meskipun kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran serta kelengkapan mencukupi untuk menyiapkan projek lebih awal daripada jadual asal iaitu pada Mei 2027.

"Jalan ini tergendala sedikit disebabkan isu tanah dan kita berharap perkara ini dapat diselesaikan segera supaya kontraktor dapat meneruskan kerja tanpa gangguan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tapak projek pembinaan jalan raya berkembar dari Jambatan Kemena ke Jalan Lapangan Terbang Bintulu di sini.

Beliau optimis dengan langkah penyelesaian proaktif, projek itu akan kembali berada pada landasan asal dan siap mengikut jadual.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI