fb fb fb fb fb

Isu Palestin: Kredibiliti dan ketokohan PM terserlah

(Prof. Dr. Azmi Hassan)


KUALA LUMPUR, 15 Mei- Kredibiliti dan ketokohan Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob cukup terserlah di pentas Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat apabila beliau berani menyuarakan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin di hadapan Presiden Joe Biden.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof. Dr. Azmi Hassan menyifatkan hasrat Keluarga Malaysia perjuangkan isu keamanan dalam perkara itu berjaya dibawa untuk perhatian Washington.

"Apa yang penting adalah kita melalui Perdana Menteri menyampaikan hasrat itu dengan menyatakan pendidiran dan memberitahu kepada Washington pendirian Kuala Lumpur terhadap kekejaman yang dilakukan

"Dalam hal ini saya mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri kerana menimbulkan perkara ini.

(Ismail Sabri terserlah di pentas Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat apabila beliau
berani menyuarakan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin di hadapan Presiden Joe Biden)

"Saya yakin Keluarga Malaysia bangga kerana tidak ramai pemimpin dunia lain yang mahu mengutarakan pendirian ini dengan tegas,:" katanya klepada RTM.

Azmi berkata, beliau juga optimis sokongan yang diberikanMalaysia untuk sekian lama, akan diteruskan sehingga mereka bebas daripada kekejaman rejim Zionis.

Pada sidang kemuncak khas Amerika Syarikat-Asean, Malaysia menjadi satu-satunya negara yang menekankan Amerika perlu jujur dalam menyelesaikan isu Palestin.

Perdana Menteri turut menyentuh pelbagai isu termasuk krisis Rusia-Ukraine, Laut China Selatan dan Myanmar pada sidang kemuncak khas Amerika Syarikat-ASEAN.

Sementara itu, Penganalisis Politik & Media Sosial Universiti teknologi Mara, UiTM, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy turut menggambarkan perkara itu menunjukkan komitmen Malaysia untuk meletakkan isu Palestin sebagai salah satu keutamaan pada Sidang Kemuncak Khas Amerika Syarikat-Asean.

"Isu ini sudah berpanjangan untuk sekian lama, pemimpin negara kita sudah menyuarakan perkara ini.

"Kita masih belum capai peneyelesaian, sehubungan itu lawatan Perdana Menteri menunjukkan Malaysia tetap konsisten memperjuangkan hak nasib Palestin, kerap menyuarakan terhadap rakyat Palestin," katanya


 

Media Baharu