Insentif kewangan buat 144 bakal jemaah haji Pahang di perantauan

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail / RTM

SHAH ALAM, 23 April – Sebanyak RM496,000 insentif kewangan diagihkan kepada 144 bakal jemaah haji perantau Pahang, menerusi Inisiatif Makmur Pahang Barakah Haji, Kluster Anak Perantauan Pahang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insentif kewangan diagihkan kepada bakal jemaah haji perantau Pahang melalui Inisiatif Makmur Pahang Barakah Haji, Kluster Anak Perantauan Pahang.
  • Program julung kali diadakan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat Pahang yang berada di luar negeri.
  • Kerajaan negeri akan menambah baik insentif mengikut perkembangan kewangan dan mendapatkan nasihat Wisma Putra untuk memastikan urusan haji lancar serta selamat.

Program yang julung kali diadakan itu tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat Pahang walaupun berada di luar negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif berkenaan akan ditambah seiring perkembangan kewangan negeri.

“Dulu bermula pada tahun 2013, kita hanya bagi duit poket RM500 sahaja. Kemudian kita naikkan RM750. Dan pada tahun ni ada tambah baik iaitu anak rantau yang berada di luar Pahang menunaikan haji.”

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Program Barakah Haji Pahang (Perantau) Tahun 1447 Hijrah /2026 Masihi di Shah Alam.

Terdahulu, seramai 1,712 jemaah haji Pahang turut disantuni di Kuantan.

Secara keseluruhan insentif berkenaan melibatkan implikasi kewangan lebih RM3 juta.

Mengulas perkembangan semasa situasi Geopolitik, Datuk Seri Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Wisma Putra bagi memastikan urusan bakal jemaah haji lancar dan selamat.