KUALA LUMPUR, 4 April- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Presiden Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto sempena lawatan khasnya ke Malaysia.
Prabowo hadir ke Wisma Pertahanan pada pukul 10.45 pagi tadi selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamed Khaled dan Prabowo seterusnya mengadakan mesyuarat tertutup dua hala bagi memfokuskan hubungan pertahanan negara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi.
Kedua-dua menteri berkenaan turut menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara Malaysia-Indonesia.
Mohamed Khaled sempat mengucapkan tahniah kepada Prabowo kerana dipilih sebagai Presiden Indonesia yang baharu.
Ini adalah pertemuan julung kali antara kedua-dua menteri semenjak Mohamed Khaled menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.
Artikel Berkaitan:
Anwar - Prabowo kongsi pengalaman, perkukuh hubungan KL dan Jakarta
PM terima kunjungan hormat Prabowo
Prabowo tiba untuk lawatan khas sehari ke Malaysia