fb fb fb fb fb

Imigresen nafi berlaku kesesakan di lapangan terbang

Foto orang awam

PUTRAJAYA, 24 Disember - Jabatan Imigresen menafikan berlaku kesesakan di lapangan terbang antarabangsa di negara ini akibat dibanjiri pelancong warga China.

Rakaman video tular itu berlaku pada tahun lepas di Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat COVID-19 ditamatkan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh menerusi kenyataan memaklumkan, video itu dirakamkan semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

"Video itu dirakamkan semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

"Jabatan Imigresen juga menafikan bahawa rakaman tersebut telah dibuat di lapangan terbang antarabangsa negara," katanya.

Mengikut rekod, secara purata pergerakan keluar dan masuk di BSI adalah sebanyak 250,000 pada hari biasa dan meningkat sekali ganda pada musim perayaan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

TETITIA YUSOFF