Ribut: Tiada kecederaan libatkan pelajar MRSM Pendang

Foto FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, 27 April – Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pendang, Kedah susulan kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda institusi itu pada petang Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengerusi MARA arah maktab terus melakukan pemantauan serta pemeriksaan berkala bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.
  • Blok asrama, surau, blok akademik dan dewan makan tidak terjejas; bekalan elektrik kawasan masih berfungsi, namun blok pentadbiran alami kerosakan teruk.
  • Pengarah BPM diarah mengambil tindakan segera dan Peruntukan Khas Darurat akan disalurkan untuk membolehkan kerja pembaikian dilaksanakan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah mengarahkan pihak maktab untuk terus melakukan pemantauan serta pemeriksaan berkala bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.

“Saya dimaklumkan blok asrama, surau, blok akademik serta dewan makan tidak terjejas malah bekalan elektrik di kawasan itu masih berfungsi seperti biasa.

“Namun, blok pentadbiran mengalami kerosakan yang agak teruk melibatkan bilik guru, dewan kuliah, makmal komputer, bilik kaunselor serta bilik pendidikan seni dan bekalan elektrik di blok ini telah terputus,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Berikutan itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA diarah mengambil tindakan segera bagi memastikan pelajar berada dalam keadaan selamat, selain menyalurkan Peruntukan Khas Darurat bagi membolehkan kerja pembaikian dilaksanakan.

“Keselamatan dan kebajikan pelajar serta guru-guru sentiasa menjadi keutamaan. Saya akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.