Negeri Sembilan tidak dijangka adakan PRN – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pelancaran Pusat Inovasi dan Makmal Al Huawei di The Exchange 106@TRX, Kuala Lumpur./foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 April – Negeri Sembilan tidak dijangka mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat meskipun berdepan kemelut politik ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan bergantung kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
  • Ia juga bergantung kepada keputusan persidangan Dewan Undangan Negeri.
  • Kenyataan itu disampaikan selepas mesyuarat tertutup bersama kepimpinan tertinggi Huawei.
  • Anwar memaklumkan perkembangan pentadbiran akan diumumkan apabila tiba masanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu bergantung kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta keputusan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kemungkinan besar tidak. Namun, ia terpulang kepada Tuanku dan sudah tentu persidangan DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama kepimpinan tertinggi Huawei sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei, hari ini.

Datuk Seri Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan pilihan raya negeri diadakan bagi menyelesaikan situasi politik di negeri berkenaan.

Terdahulu, beliau memaklumkan sebarang perkembangan berkaitan pentadbiran Negeri Sembilan akan diumumkan apabila tiba masanya.