fb fb fb fb fb

Hujan lebat, punca pokok tumbang - DBKL

Pihak DBKL akan mengalihkan struktur bumbung dan lampu jalan yang terlibat/Foto Facebook DBKL

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Kejadian pokok tumbang di ibu negara petang tadi berpunca daripada kejadian hujan lebat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, hujan lebat menyebabkan air bertakung di Jalan Pahang, Jalan Genting Klang berhampiran Universiti Tunku Abdul Rahman, Jalan Genting Klang berhampiran Shell dan Jalan 1/23E Danau Kota.

Bagaimanapun air di kawasan tersebut telah pun surut dalam tempoh 35 minit.

DBKL juga telah menghantar seramai 30 orang kakitangan terdiri daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal serta Jabatan Pengangkutan Bandar ke lokasi kejadian.

"Buat masa ini, kerja-kerja memotong dahan pokok dan pengalihan dahan pokok masih dilakukan. Seterusnya, pihak DBKL akan mengalihkan struktur bumbung dan lampu jalan yang terlibat. Semua kerja berkaitan dijangka selesai pada lewat malam.

"Turut berada di lokasi kejadian ialah agensi sahabat seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

DBKL turut mengalihkan struktur bumbung dan lampu jalan yang runtuh dan dijangka selesai pada lewat malam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa serta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh turut hadir ke lokasi kejadian bagi melihat situasi serta kerja-kerja pengalihan pokok yang sedang dijalankan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI