fb fb fb fb fb

Hujan berterusan di Terengganu, beberapa kawasan di Kelantan, Pahang hingga Ahad

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang mulai hari ini hingga Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata amaran tersebut melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.

"Di Pahang pula, amaran sama melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta menghubungi talian hotline jabatan itu 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.

TETITIA YUSOFF