fb fb fb fb fb

Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah- Aiman Athirah

Datuk Aiman Athirah ditemui media pemberita selepas Program Ibadah Korban Sentuhan Kasih Parlimen Sepang bersama JBPM dengan kerjasama KPKT Tahun 2024 di Cyberjaya

CYBERJAYA, 20 Jun- Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah walaupun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan berkuatkuasa 10 Jun lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pemantauan terus dilaksanak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya tiada pihak yang sewenang-wenangnya menaikkan harga atau kos khidmat pengurusan.

"Harga rumah setakat ini tiada kenaikan apa-apa, sama seperti mana yang sedia ada sekarang.

"Kalau ada kenaikan ia bergantung kepada mungkin bentuk rumah, rumah mampu milik semuanya bawah RM300,000 insya-Allah masih kekal tiada perubahan,"katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Ibadah Korban Sentuhan Kasih Parlimen Sepang bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2024 di Cyberjaya, Selangor.

Jelasnya juga, kenaikan harga rumah bergantung kepada bentuk kediaman yang dibina dan dijual secara terbuka oleh pemaju.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE