
KUALA LUMPUR, 18 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menyatakan komitmen untuk meneliti semula komposisi ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali gus memperkukuh keberkesanan tadbir urus bandar raya.
- Sokongan terhadap pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya dinamik dan berdaya saing.
- Tegaskan kerjasama antara komuniti perlu diperkukuh untuk memastikan bandar raya kekal inklusif dan harmoni.
- Umum pelantikan pegawai khas bagi memantau hal ehwal kebajikan komuniti setempat.
- Tekankan pendekatan kerajaan bukan untuk mana-mana kelompok sahaja tetapi memberi tumpuan kepada kesejahteraan semua lapisan masyarakat.
Pendekatan tersebut dilihat penting dalam usaha menyokong pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang dinamik dan berdaya saing.
“Kuala Lumpur adalah milik semua lapisan masyarakat, dan kerjasama antara komuniti perlu terus diperkukuh bagi memastikan bandar raya ini kekal inklusif serta harmoni,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Tamil yang diadakan di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di ibu negara.
Dalam pada itu sebagai langkah proaktif, beliau turut memaklumkan pelantikan seorang pegawai khas bagi memantau hal ehwal kebajikan komuniti setempat.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pendekatan kerajaan dalam memperkasa tadbir urus bandar tidak terhad kepada mana-mana kelompok tertentu, sebaliknya memberi penekanan kepada kesejahteraan semua lapisan masyarakat.