Hakisan pantai Batu Feringghi, Tanjung Bungah akibat air pasang

Keadaan pantai di Batu Feringghi selepas air pasang besar.

GEORGE TOWN, 30 Januari – Kejadian hakisan di pesisir pantai Batu Feringghi dan Tanjung Bungah bukan berpunca daripada kerja-kerja tambakan, sebaliknya disebabkan fenomena air pasang besar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Pengairan dan Saliran sahkan hakisan disebabkan paras ombak meningkat kira-kira dua kaki susulan air pasang besar.
  • Zairil Khir Johari nafikan kerja tambakan di Pulau Andaman punca hakisan; tuduhan itu tidak berasas.
  • Pasir pengisian dibawa dari Pulau Indah dan Lumut mengikut piawaian serta EIA diluluskan, bukan dikorek di pesisir tempatan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengesahkan, kejadian berkenaan berlaku akibat paras ketinggian ombak yang meningkat kira-kira dua kaki susulan fenomena tersebut.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menegaskan, tuduhan yang mengaitkan kerja-kerja tambakan khususnya di Pulau Andaman sebagai punca utama hakisan adalah tidak berasas.

Menurut beliau, kerja-kerja tambakan di Pulau Andaman telah bermula sejak 10 tahun lalu dan melibatkan pembinaan struktur perlindungan utama.

Beliau berkata, kerja semasa hanya melibatkan pengisian baki kawasan dalam struktur sedia ada.

Tambahnya, pasir yang digunakan bagi kerja pengisian tidak dikorek dari kawasan laut sekitar pesisir pantai Batu Feringghi dan Tanjung Bungah.

Sebaliknya, pasir berkenaan dibawa dari Pulau Indah dan Lumut mengikut kaedah piawaian serta Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang diluluskan Jabatan Alam Sekitar