
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar kegiatan penyimpanan ayam sabung dipercayai baka import tanpa lesen menerusi Op Taring Sangkar di dua lokasi sekitar Batu 7, Jalan Airport, Sandakan, Sabah, hari ini.
- Komander WCB/PSK Datuk Mohd Zaki sahkan penahanan dua lelaki berusia 43 dan 30 tahun serta rampasan 87 ekor ayam disyaki ayam sabung.
- Turut dirampas sangkar ayam, lima glove taji, empat bungkus Ambroxitil Max, multivitamin dan lima picagari.
- Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM529,245.
- Kes disiasat bawah Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015 kerana dipercayai mengimport haiwan tanpa lesen sah.
Komander Bahagian Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar mengesahkan operasi bersama Jabatan Veterinar Sabah itu membawa kepada penahanan dua lelaki berusia 43 dan 30 tahun serta rampasan 87 ekor ayam disyaki ayam sabung.
Turut dirampas sangkar ayam, lima unit glove taji, empat bungkus ubat ayam jenama Ambroxitil Max, tiga biji multivitamin mineral, empat biji vitamin jenama RX Excellence, sebiji vitamin jenama RX Hammer dan lima picagari.
“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM529,245.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015 kerana dipercayai mengimport haiwan tanpa lesen sah daripada Jabatan Veterinar Sabah,” katanya.
Menurut Datuk Mohd Zaki, operasi bersepadu itu merupakan usaha berterusan pihak berkuasa membanteras aktiviti penyeludupan dan kegiatan haram melibatkan ayam sabung di Sabah.