
PENDANG, 12 Mei- Seorang lelaki ditemukan lemas ketika sedang memukat ikan di Sungai Jalan Kilang Bata, Kampung Pokok Tai, di sini, petang tadi.
- Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Hazim Mohamad Shatar, 25 tahun.
- Panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.14 petang; jentera bomba tiba 23 minit kemudian.
- Anggota bomba bawa mangsa ke tebing; KKM sahkan mangsa meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ahmad Huzaini Halil berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Hazim Mohamad Shatar, 25 tahun.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 5.14 petang bagi membantu operasi mengeluarkan mangsa yang ditemukan di sungai berkenaan.
Jentera bomba tiba di lokasi 23 minit kemudian dan mendapati seorang lelaki berada berhampiran tebing sungai dalam keadaan lemas.
Anggota bomba kemudian menggunakan pengusung untuk membawa mangsa ke tebing sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat pada pukul 6.22 petang.
Menurut maklumat awal daripada penduduk kampung, mangsa yang sedang memukat ikan dipercayai terjun ke sungai sebelum tenggelam ketika cuba mendapatkan ikan bersaiz besar.