
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan terhadap keperluan Sabah agar setiap dasar dan bantuan bukan sekadar diumumkan, tetapi benar-benar sampai dan dirasai rakyat di lapangan.
- Perdana Menteri meneliti beberapa isu berkaitan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah.
- Perbincangan dibuat semasa menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia Khairul Firdaus dan Menteri Pertanian Sabah Jamawi Jaafar.
- Perbincangan turut menyentuh usaha meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
- Usaha termasuk memperkukuh peluang ekonomi dan kesejahteraan rakyat, menurut hantaran di Facebook.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meneliti beberapa perkara berkaitan pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Sabah.
Menurut Datuk Seri Anwar, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Jamawi Jaafar hari ini.
“Perbincangan turut menyentuh ikhtiar meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar, termasuk usaha memperkukuh peluang ekonomi dan kesejahteraan rakyat”, katanya menerusi hantaran di Facebook.