
ISKANDAR PUTERI, 30 Januari – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mengumumkan kadar sewaan tapak Bazar Ramadan paling rendah di Johor Bahru, iaitu RM270 bagi satu tapak.
- MBIP tawarkan kadar sewaan Bazar Ramadan paling rendah di Johor Bahru, RM270 satu tapak.
- Tujuan kadar rendah untuk membantu peniaga kecil dan mereka terkesan dengan kos sara hidup tinggi.
- Perkenalkan sistem pemilihan telus; keutamaan diberi kepada penduduk Iskandar Puteri.
Menerusi kenyataan MBIP, kadar berkenaan merupakan yang terendah sejak Iskandar Puteri diisytiharkan sebagai bandar raya pada 2017.
Kadar sewaan rendah itu bertujuan membuka peluang rezeki kepada peniaga dan usahawan kecil, khususnya golongan yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup di kawasan bandar.
Selain itu, MBIP turut memperkenalkan sistem pemilihan peniaga yang lebih telus dengan keutamaan diberikan kepada penduduk Iskandar Puteri.
Langkah itu bagi membendung penguasaan pihak luar di tapak bazar, selain memastikan komuniti setempat dapat menjana pendapatan tambahan sepanjang Ramadan.