fb fb fb fb fb

Guru KAFA, imam, bilal, tok siak terima BKK Aidilfitri RM250

Anwar Ibrahim/RTM

KEMAMAN, 21 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di seluruh negara.

Beliau berkata inisiatif itu sebagai penghargaan kepada lebih 70,000 penerima dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.

Bayaran akan dibuat mulai minggu hadapan.

"(Siang tadi) saya umum BKK Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

"Malam ini, saya ingin mengumumkan tambahan bantuan kepada guru KAFA, imam, bilal, noja dan marbut sebanyak RM250.

"Bonus ini diberikan bagi membantu menyambut Aidilfitri dan mengurangkan beban kos sara hidup sepanjang bulan puasa," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Chukai di sini malam ini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,500 tetamu jemputan.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah yang akan dibayar mulai minggu depan.

Kerajaan turut bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen melibatkan peruntukan mencecah RM900 juta.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA