Gempa bumi sederhana di Mindanao, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.3 dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 2.57 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa dikesan pada koordinat 5.7 darjah Utara, 125.2 darjah Timur pada kedalaman 24 kilometer.
  • Pusat gempa dianggarkan kira-kira 98 km tenggara Koronadal City, Filipina.
  • MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.
  • Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.7 darjah Utara dan 125.2 darjah Timur dengan kedalaman 24 kilometer (km).

Pusat gempa bumi itu dikesan kira-kira 98 km tenggara Koronadal City, Filipina.

Menurut METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.