Gempa bumi Mindanao: Malaysia zahir takziah kepada Filipina, sedia hulur bantuan

Sebuah restoran makanan segera runtuh di General Santos City, Filipina susulan gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di Mindanao pada Isnin/Foto Palang Merah Filipina.

PUTRAJAYA, 13 Jun – Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Filipina susulan kejadian gempa bumi yang melanda kawasan luar perairan Sarangani, Selatan Mindanao pada 8 Jun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia menzahirkan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Filipina atas kejadian gempa di Mindanao.
  • Malaysia amat berdukacita atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kehilangan tempat tinggal mangsa akibat bencana itu.
  • Kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan solidariti serta bersedia menghulurkan bantuan kepada Filipina jika diperlukan.
  • Malaysia menghargai usaha pihak berkuasa Filipina membantu rakyat Malaysia di kawasan terjejas, termasuk General Santos City.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan Malaysia amat berdukacita atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kehilangan tempat tinggal yang dialami mangsa akibat bencana itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan dan rakyat Malaysia turut menzahirkan solidariti kepada rakyat Filipina yang terjejas.

“Malaysia juga bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan kepada kerajaan Filipina sekiranya diperlukan.

“Malaysia juga menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Filipina yang telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia di kawasan terlibat, termasuk mereka yang tinggal di General Santos City dan kawasan berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Gempa bumi yang melanda kawasan luar perairan Sarangani di Selatan Mindanao pada 8 Jun lalu dilaporkan mengorbankan lebih 50 nyawa, kecederaan serta kerosakan harta benda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.