fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa-Armizan

FOTO HIASAN/FOTO RTM

PITAS, 13 November - Gangguan bekalan gula di barat Sabah dan beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.

Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, kenaikan sebanyak 52 peratus itu meningkatkan kos pengeluaran kepada pengilang tempatan namun pada masa sama harga gula dikawal oleh kerajaan.

"Sebenarnya antara pendekatan kita bawa sejak awal tahun ini adalah untuk kita membuka AP Import.

"Untuk pengetahuan semua, AP Import kita telah buka sejak awal tahun ini kepada 43 syarikat", kata Armizan kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas dan meninjau Program Jualan Ramah di sini pada Ahad.

Jelas Armizan, Permit tersebut melibatkan 557,000 Metrik Tan gula bagi menstabilkan bekalan,namun hanya 22,537 tan metrik atau 4.05 peratus sahaja dibawa masuk setakat Khamis lepas.

Armizan juga turut menolak dakwaan bekalan dimonopoli pihak tertentu sehingga menyebabkan berlakunya gangguan berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD