fb fb fb fb fb

Elak laporan sensasi kes salah laku seksual pelajar sekolah - MCMC

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa liputan berkaitan kes salah laku seksual melibatkan pelajar di sebuah sekolah di Melaka hendaklah dilaksanakan secara beretika dan bertanggungjawab, tanpa menyiarkan kandungan sensasi yang boleh menjejaskan siasatan atau memberi tekanan emosi kepada mangsa.

Menurut kenyataan Komunikasi Korporat MCMC, MCMC memandang serius penyebaran rakaman video berkaitan insiden berkenaan dan mengingatkan pengamal media agar tidak mendedahkan sebarang maklumat sensitif yang boleh membawa kepada pengecaman identiti mangsa, selaras dengan peruntukan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].

"MCMC sedang bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penyedia perkhidmatan bagi memastikan sebarang kandungan yang berpotensi mengganggu siasatan atau menjejaskan emosi mangsa dapat diturunkan daripada platform media sosial.

"Orang ramai turut diingatkan bahawa tindakan menyebar atau mengedarkan video atau bahan sedemikian menerusi perkhidmatan dalam talian boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]," menurut kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM