fb fb fb fb fb

Dividen 3.25%: Bukti keupayaan TH kekalkan prestasi cemerlang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Kadar Dividen Tabung Haji (TH) sebanyak 3.25 peratus , tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, menggambarkan keupayaan TH mengekalkan prestasinya yang cemerlang dari tahun ke tahun.

Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, peningkatan turut didorong hasil usaha berterusan TH mengawal kos operasinya yang semakin meningkat.

"Jika kita mencatatkan pulangan atas pelaburan yang tinggi tetapi kos operasi tidak dapat dikawal, maka ia juga akan menjejaskan pulangan pelaburan.

"Di sini, kita lihat bahawa TH telah mampu menunaikan tanggungjawabnya kepada pendeposit dengan mencatatkan pulangan atau pelaburan yang tinggi melalui hasil pendapatan keseluruhan yang lebih tinggi.

"Pada masa sama, pendeposit juga semakin ramai. Jumlah yang depositkan itu juga turut meningkat kepada RM1.75 bilion," katanya kepada RTM.

Terdahulu, TH mengumumkan pengagihan keuntungan sebanyak 3.25 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2024.

Ia sekali gus mencatatkan agihan dengan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.

Jumlah agihan keuntungan berjumlah RM2.92 bilion, memanfaatkan lebih RM9.54 juta pendeposit TH.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM