Dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu: PM ucap tahniah kepada Vijay

Foto FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Vijay atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelantikan Vijay dianggap tanggungjawab besar selepas lama dikenali sebagai bintang filem.
  • Rakyat Tamil Nadu meletakkan harapan besar kepada Vijay untuk membawa perubahan kepada negeri.
  • Oru Viral Puratchi atau revolusi satu jari kini di ambang mencipta sejarah.
  • Malaysia dan Tamil Nadu berkongsi hubungan sejarah, budaya dan rakyat; harapan untuk kerjasama rapat mengukuhkan hubungan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Datuk Seri Anwar menyifatkan pelantikan itu sebagai satu tanggungjawab besar yang diberikan rakyat Tamil Nadu kepada Vijay selepas sekian lama dikenali sebagai bintang popular layar perak.

Menurut beliau, rakyat Tamil Nadu kini meletakkan harapan besar kepada Vijay untuk membawa perubahan kepada negeri tersebut.

“Oru Viral Puratchi atau ‘revolusi satu jari’ kini berada di ambang mencipta sejarah,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkata Malaysia dan Tamil Nadu mempunyai hubungan sejarah, budaya serta hubungan rakyat yang erat sejak sekian lama.

Beliau turut menyatakan harapan untuk bekerjasama secara rapat dengan Ketua Menteri Vijay dalam tahun-tahun mendatang bagi memperkukuh lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua pihak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.