Dasar ‘active non-alignment’ permudah akses rantaian bekalan

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 April – Dasar tidak berpihak secara aktif atau ‘active non-alignment’ – bukan berkecuali tanpa pendirian, tetapi bebas berdasarkan prinsip – membolehkan negara mengekalkan hubungan kerja dengan semua rakan utama tanpa terikat kepada perbezaan ideologi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan ini memudahkan penglibatan pembekal tempatan dalam rantaian bekalan antarabangsa.
  • Ia mengurangkan kerumitan politik yang mengganggu keputusan perolehan di negara lain.
  • Perdana Menteri menyampaikan kenyataan itu semasa merasmikan DSA dan NATSEC Asia 2026.
  • Dasar menyokong pembangunan pangkalan industri pertahanan berdaya tahan dan keupayaan syarikat tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu turut memberi kelebihan kepada Malaysia untuk memasuki rantaian bekalan antarabangsa tanpa berdepan kerumitan politik yang sering menyukarkan keputusan perolehan di negara lain.

“Malaysia mengamalkan dasar tidak memihak secara aktif, dan ini bermakna kita mengekalkan hubungan kerja dengan semua rakan utama.

“Pembekal Malaysia boleh memasuki rantaian bekalan anda tanpa kerumitan politik yang telah menyukarkan keputusan perolehan di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di ibu negara hari ini.

Perdana Menteri berkata, kelebihan tersebut turut menyumbang kepada usaha membangunkan pangkalan industri pertahanan negara yang lebih berdaya tahan dan berasaskan keupayaan syarikat tempatan.