Iran tolak kemungkinan pertemuan pemimpin tertinggi dengan Trump

Tehran anggap cadangan pertemuan Trump-Mojtaba tidak realistik.

TEHRAN, 5 Jun – Iran menolak kemungkinan Pemimpin Tertingginya, Mojtaba Khamenei, mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meskipun cadangan itu dibangkitkan sendiri oleh pemimpin AS berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Luar Abbas Araghchi menyifatkan cadangan pertemuan sebagai tidak realistik dan perlu dinilai mengikut keadaan semasa.
  • Trump memberitahu New York Post beliau bersedia bertemu Mojtaba Khamenei pada masa hadapan.
  • Mojtaba Khamenei dilantik sebagai Pemimpin Tertinggi Iran pada Mac setelah kematian bapanya Ali Khamenei.
  • Beliau mempunyai kawalan penuh dan peranan aktif; ketiadaan awam disebabkan pertimbangan keselamatan dan gencatan senjata rapuh.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, cadangan tersebut tidak realistik dan perlu dilihat berdasarkan keadaan semasa.

Beliau mengulas kenyataan Trump kepada New York Post pada Rabu lalu yang menyatakan kesediaannya untuk bertemu Mojtaba Khamenei pada masa hadapan.

“Saya melihat laporan yang menyebut beliau (Trump) bersedia atau mahu mengadakan pertemuan. Saya fikir kita perlu bersikap realistik dan hidup dalam dunia sebenar,” katanya dalam wawancara bersama saluran televisyen Al Mayadeen.

Mojtaba Khamenei dilantik sebagai Pemimpin Tertinggi Iran pada Mac lalu susulan kematian bapanya, Ali Khamenei.

Araghchi turut menegaskan Mojtaba Khamenei mempunyai kawalan penuh terhadap urusan negara dan terus memainkan peranan aktif dalam pentadbiran.

Menurut beliau, ketiadaan Mojtaba Khamenei daripada perhatian umum sejak pelantikannya adalah disebabkan pertimbangan keselamatan susulan konflik yang kini tertakluk kepada gencatan senjata rapuh.

Usaha rundingan sama ada secara langsung atau melalui pihak pengantara antara Tehran dan Washington setakat ini masih belum menghasilkan penyelesaian kekal terhadap konflik yang berlarutan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.