Jepun lulus bajet tambahan AS$19 bilion tangani kesan konflik Asia Barat

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi menghadiri sesi Jawatankuasa Bajet Dewan Kaunselor di Bangunan Diet Nasional, Tokyo/Foto AFP

TOKYO, 6 Jun – Jepun meluluskan peruntukan tambahan bernilai AS$19 bilion (RM80 bilion) bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat susulan konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan akan digunakan untuk meringankan beban rakyat akibat kenaikan kos bahan api, elektrik dan gas.
  • Kerajaan perlu bersedia menghadapi ketidaktentuan di Asia Barat dan memastikan negara mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk kesan lanjut.
  • Jepun bergantung kepada import bahan api dari Asia Barat; tekanan inflasi meningkat selepas sekatan Selat Hormuz.
  • Bekalan minyak dijangka kekal stabil hingga musim bunga tahun depan; bekalan nafta pulih lebih 80 peratus paras sebelum krisis.

Bajet tambahan berjumlah 3.1 trilion yen itu diluluskan Parlimen Jepun selepas mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Tinggi.

Perdana Menteri, Sanae Takaichi berkata peruntukan tersebut akan digunakan untuk mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan kos bahan api, elektrik dan gas.

Menurut beliau, kerajaan perlu bersedia menghadapi ketidaktentuan yang masih berterusan di Asia Barat dan memastikan negara mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menangani sebarang kesan lanjut.

Jepun yang bergantung kepada import bahan api dari Asia Barat berdepan tekanan inflasi sejak Iran menyekat Selat Hormuz berikutan serangan Amerika Syarikat dan Israel pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Takaichi berkata bekalan minyak negara dijangka kekal stabil sekurang-kurangnya sehingga musim bunga tahun depan.

Beliau turut memaklumkan bekalan alternatif nafta, iaitu produk sampingan petroleum yang digunakan secara meluas dalam sektor industri, kini kembali pulih kepada lebih 80 peratus daripada paras sebelum krisis.

Pada April lalu, Bank Pusat Jepun menaikkan unjuran inflasi negara itu dan pada masa sama menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi berikutan kenaikan harga minyak mentah.

Menurut bank berkenaan, peningkatan harga minyak dijangka terus memberi tekanan kepada kos tenaga dan harga barangan, selain dipengaruhi kenaikan gaji yang mula dipindahkan kepada harga jualan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.