
MELAKA, 5 Jun – Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada mana-mana fasiliti kesihatan ditutup di negara ini termasuk Hospital Segamat.
- Sebab: tekanan perkhidmatan susulan lonjakan kemasukan pesakit di hospital berkenaan.
- Pengagihan dan rujukan pesakit ke klinik atau fasiliti kesihatan berhampiran dilaksanakan bagi mengurus beban.
- Pesakit dalam wad terus menerima rawatan seperti biasa manakala pesakit luar dirujuk ke fasiliti bersesuaian.
- Kenyataan dibuat selepas Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2026; hadir Ketua Setiausaha dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi yang berlaku adalah disebabkan tekanan perkhidmatan susulan berlaku lonjakan kemasukan pesakit di hospital berkenaan.
“Tiada penutupan perkhidmatan berlaku. Apa yang dilaksanakan hanyalah pengagihan dan rujukan pesakit ke klinik atau fasiliti kesihatan berhampiran.
“Pesakit yang sedang menerima rawatan dalam wad akan terus mendapat perkhidmatan seperti biasa di Hospital Segamat, manakala pesakit luar akan dirujuk ke fasiliti yang bersesuaian. Perkhidmatan kesihatan tetap diteruskan dan tidak dihentikan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan 2026 di sebuah pasar raya, di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Dr Husnina Ibrahim.