fb fb fb fb fb

Calon vaksin COVID-19 di Malaysia belum boleh dikomersial

(GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Calon vaksin COVID-19 atau jenis vaksin yang dibangunkan Malaysia belum boleh dikomersialkan.

Ini berikutan, setiap langkah penghasilan vaksin perlu mematuhi peraturan dan piawaian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan juga di peringkat antarabangsa.

Menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim, dua jenis vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan oleh Institut Pembangunan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah peruntukan KKM dan Sukuk prihatin bernilai RM3.4 juta.

(Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim ketika
menjawab soalan senator Datuk Paul Igai di Parlimen)

"Vaksin yang dilemahkan, yang kini berstatus kajian Pra Klinikal, yang bermula pada Februari 2022 dan di jangka siap Julai 2022. Selepas itu analisis data akan dijalankan.

"Vaksin berasaskan MRNA, yang berada di peringkat makmal telah bermula pada Jun 2021 dan dijangka akan siap pada Disember 2022. Sekiranya pembuktian kedua-dua vaksin ini berjaya, perlaksanaan vaksin ini akan diteruskan melalui makmal yang telah di akreditasikan sebagai Good laboratory Practice dan Good Manufacturing Practice (GMP)," katanya ketika menjawab soalan senator Datuk Paul Igai di Parlimen.

Media Baharu