Wanita maut kereta terbabas dalam parit

FOTO PUSAT GERAKAN OPERASI JBPM

MIRI, 22 Mei – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit dalam kemalangan kendiri di Kampung Angus, Jalan Persisiran Pantai Bekenu di sini awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenali sebagai Juwita Aishah Jublee, berusia 22 tahun.
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.21 pagi; anggota Balai Bomba Batu Niah dikerah, jarak ke lokasi 35 kilometer.
  • Pasukan bomba menemui mangsa terperangkap di dalam kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan; mayat diserahkan kepada polis; operasi tamat 2.52 pagi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (JBPM), mangsa dikenali sebagai Juwita Aishah Jublee, berusia 22 tahun.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.21 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Batu Niah digerakkan ke lokasi sejauh 35 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati seorang mangsa wanita dewasa terperangkap di dalam kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.52 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.