Calon KP SPRM dipersembah kepada Agong

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 24 April – Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertuan Agong mengenai calon Ketua Pesuruhjaya SPRM.
  • Butiran senarai pendek tidak didedahkan buat masa ini dan pengumuman rasmi akan dibuat kemudian.
  • Yang di-Pertuan Agong bertitah KP SPRM baharu akan dipilih kerana kontrak penyandang kini tamat pada 12 Mei.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan juga telah diadakan bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung perkara itu.

Namun, butiran mengenai senarai pendek calon tidak akan didedahkan buat masa ini dan hanya akan diumumkan kemudian.

“Nanti…nanti saya umum kemudian. Saya dah bincang dengan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim) tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas beramah mesra bersama komuniti Permas Jaya, Johor Bahru.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu akan dipilih bagi menerajui badan pencegahan rasuh negara itu.

Ia susulan kontrak semasa penyandangnya, Tan Sri Azam Baki akan tamat pada 12 Mei ini.