fb fb fb fb fb

BUDI MADANI: Bantuan RM200 disalur 10 Jun ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Lebih 30,000 permohonan subsidi tunai inisiatif BUDI MADANI diluluskan merangkumi pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi, setakat hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, bantuan tunai pertama berjumlah RM200 akan disalurkan pada 10 Jun ini melalui akaun bank penerima.

Manakala penerima tanpa akaun bank, boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh seluruh Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan disebabkan tidak memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan.

"Bagi pemohon individu yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my.

"Untuk pemohon petani dan pekebun kecil, perlu terlebih dahulu berdaftar dengan agensi di bawah kementerian terlibat, sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

"Maklumat lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan, layari https://budimadani.gov.my.

"Pemohon juga boleh hubungi talian 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau kemukakan pertanyaan menerusi e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," menurut kenyataan itu.

Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh dibuat di semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan:
BUDI MADANI mekanisme terbaik penyaluran subsidi lebih sistematik & berkesan
BUDI MADANI bantuan bersasar kekang ketirisan subsidi
Pengusaha akuakultur perlu daftar sistem GeoAgro sebelum BUDI MADANI
Pelaksanaan BUDI MADANI, beri manfaat jangka panjang kepada rakyat
Program BUDI MADANI bantu kurangkan kos operasi petani, pekebun kecil

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM