fb fb fb fb fb

Pelaksanaan BUDI MADANI, beri manfaat jangka panjang kepada rakyat

Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) akan melengkapkan usaha penstrukturan semula ekonomi negara, melalui penyasaran subsidi bahan api.

Menurut Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, meski dijangka memberi impak kepada kadar inflasi, langkah penting itu memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan kerajaan.

"Seharusnya subsidi bersasar seperti pemberian RM200 ini membantu sedikit sebanyak mengurangkan kenaikkan kos operasi untuk para petani para peladang mahupun peniaga kecil yang menggunakan kenderaan diesel.

"Tidak dinafikan bahawa apabila harga minyak diesel itu diapungkan akan berlakulah peningkatan kos mahupun harga barang di pasaran tempatan. Kita maklum bahawa ini tidak dapat dielakkan sepenuhnya", katanya kepada RTM.

Katanya, usaha tersebut perlu dilihat secara positif memandangkan tanggungan subsidi sebelum ini menyebabkan defisit belanjawan setiap tahun, selain meningkatkan hutang kerajaan.

Beliau yakin, penjimatan daripada langkah penyasaran semula subsidi akan turut memanfaatkan rakyat menerusi lanjutan rangsangan tunai.

ROSLINA BINTI DIN