fb fb fb fb fb

Fahmi hadir Program Sembang Santai Komuniti MADANI

Beliau yang tiba pada pukul 9.00 pagi seterusnya akan melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.

SUNGAI BAKAP, 6 Jun- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meluangkan masa ke Program Sembang Santai Komuniti MADANI yang diadakan di sebuah warung di Sungai Bakap, pagi tadi.

Fahmi yang tiba pada pukul 9.00 pagi seterusnya akan melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.

Lawatan Fahmi yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke Pulau Pinang hari ini bagi menghadap Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak petang ini di kediaman rasmi di Seri Mutiara.

Ia bertujuan bagi mempersembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang dijadual 20 Julai depan di Istana Negara.

Artikel Berkaitan:
Istiadat Pertabalan Agong ke-17 di Istana Negara pada 20 Julai

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM