KUALA LUMPUR, 1 Disember- Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dengan kerjasama NADMA dan pihak berkuasa tempatan, aktif melaksanakan misi bantuan banjir di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di Facebook berkata sukarelawan BSMM digerakkan ke kawasan berisiko tinggi dengan bot penyelamat untuk membantu pemindahan mangsa.
"Selain itu, menyediakan bantuan makanan dan rawatan perubatan kepada keluarga yang terkesan.
Justeru, BSMM turut menyeru sokongan masyarakat untuk menyumbang kepada Dana Respons Kecemasan Banjir," kata kenyataan itu.
Usaha tersebut bagi memastikan tiada individu terjejas yang tercicir sekali gus bersama-sama membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.