fb fb fb fb fb

BPEX perlu diperluas ke seluruh negara, bantu tingkatkan pemilikan kediaman rakyat

Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Penganjuran Pameran Ekspo Rumah Bumiputera (BPEX) perlu diperluas ke seluruh negara bagi membantu meningkatkan pemilikan kediaman bagi rakyat terutama bumiputera.

Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata penganjuran BPEX pada setiap tahun memberi impak dan pengaruh dalam memperkasakan agenda pemilikan kediaman dalam golongan muda dan bumiputera.

Ini termasuk individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada slip gaji, boleh membuat pinjaman perumahan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).

"Jadi melalui pemeran-pameran seperti ini, kita letakkan bersekali dengan KPKT semua, apa-ape isu berkaitan perumahan boleh juga pada masa sama ditanya memberikan ruang dan peluang kepada semua untuk lebih tahu tentang isu-isu yang terkait dengan hartanah", selepas merasmikan Ekspo Rumah BPEX di Kuala Lumpur.

Sebanyak 8,000 unit lot bumiputera ditawarkan dengan anggaran nilai hartanah sebanyak RM6 bilion bersama 50 pemaju selama dua hari penganjurannya bermula hari ini.

Dengan tema 'Mudah Milik', pameran itu mendapat sokongan daripada KPKT, Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (I-BIAYA) dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

ROSLINA BINTI DIN