Bomba selamatkan pendaki hampir pengsan di Labuan

FOTO JBPM LABUAN

LABUAN, 18 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang pendaki wanita yang mengalami kepenatan dan hampir pengsan ketika mendaki di laluan “MTB Park Hiking Merinding Trail” di sini, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Labuan menerima panggilan kecemasan sekitar 11.44 pagi berkaitan pendaki terkandas.
  • Lima pendaki ditemui, dua lelaki dan tiga wanita, selepas ketibaan pasukan bomba.
  • Seorang wanita mengalami kepenatan melampau dan hampir pengsan; empat lagi stabil.
  • PKO membawa turun mangsa dan menyerahkannya kepada pasukan kecemasan Hospital Labuan.

Menurut kenyataan JBPM Labuan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.44 pagi.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati lima pendaki terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita terkandas di laluan pendakian berkenaan.

Pemeriksaan awal oleh Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Layangan mendapati seorang wanita mengalami kepenatan melampau dan hampir pengsan, manakala empat yang lain berada dalam keadaan stabil.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya membawa turun mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan kecemasan Hospital Labuan untuk tindakan lanjut.