Belanjawan 2027: Kerajaan rangka cadangan perluas teknologi 5G PMKS

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melawat Gudang Pintar Termaju CelcomDigi di Unity Square Persiaran Perusahaan di Shah Alam/Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 9 Jun – Cadangan memperluas penggunaan teknologi 5G dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk penyediaan insentif, dijangka menjadi antara agenda Belanjawan 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mahu PMKS menilai sendiri potensi teknologi 5G untuk tingkatkan produktiviti, kecekapan dan daya saing perniagaan.
  • Sesi libat urus akan diadakan segera untuk mendapatkan pandangan industri sebelum cadangan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.
  • MCMC diarahkan berunding dengan syarikat telekomunikasi mengenai pelaksanaan rangkaian 5G.
  • Perbincangan dijangka dimuktamadkan dalam satu hingga dua minggu sebagai input awal bagi penyediaan belanjawan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mahu PMKS menilai sendiri potensi 5G bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan daya saing perniagaan.

Beliau berkata, sesi libat urus akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan pandangan industri sebelum cadangan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF).

“Ada beberapa perkara yang akan dibawa ke perhatian MOF untuk dipertimbangkan termasuk kemungkinan penyediaan insentif tertakluk kepada keputusan Menteri Kewangan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan CelcomDigi’s Advanced Intelligence Warehouse di sini, hari ini.

Datuk Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga diminta untuk berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi memperluas penggunaan teknologi 5G.

Katanya, sebarang keperluan insentif bagi mempercepat penggunaan 5G akan dibawa kepada MOF untuk dipertimbangkan

Perbincangan itu dijangka dimuktamadkan dalam tempoh satu hingga dua minggu sebagai input awal bagi penyediaan Belanjawan 2027.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.