Belanjawan 2026: RM710 juta diperuntuk laksana projek infrastruktur di Johor

JOHOR BAHRU, 14 Oktober – Sebanyak RM710 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan beberapa projek infrastruktur di Johor menerusi Belanjawan 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan RM710 juta untuk pelaksanaan projek infrastruktur utama di Johor melalui Belanjawan 2026.
  • RM280 juta disediakan untuk menaik taraf persimpangan Seksyen 16 Johor Bahru–Kulai–Gelang Patah.
  • RM325 juta diperuntukkan bagi Jalan Parit Panjang, Pekan Ayer Baloi ke persimpangan Tol Sedenak.
  • Projek tambahan termasuk tebatan banjir di Kluang dan Chaah, penggantian eskalator JB Sentral/CIQ, serta Laluan Pintasan Taman Muhibbah RM60 juta.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata peruntukan itu melibatkan projek menaik taraf dan pembinaan jalan baharu di beberapa kawasan strategik negeri Johor.

Antaranya, sebanyak RM280 juta bagi menaik taraf persimpangan Seksyen 16 Johor Bahru – Kulai – Gelang Patah, dan RM325 juta untuk Jalan Parit Panjang, Pekan Ayer Baloi ke persimpangan Tol Sedenak.

“Kita juga dapat dua projek rancangan tebatan banjir iaitu satu di Kluang, satu lagi dekat Chaah. Nilainya belum disahkan lagi dan kita ada Senai–Desaru untuk fasa dua, dia bukan tambah lorong, kita buat empat lorong terus”, katanya pada pemberita selepas Majlis Pelancaran Maskot, Tagline, Lagu dan Video Rasmi Visit Johor 2026 di Zoo Johor.

Selain itu, sebanyak RM45 juta diperuntukkan bagi penggantian laluan eskalator di Johor Bahru Sentral dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ). Turut diluluskan, sebanyak RM60 juta untuk pembinaan Laluan Pintasan di Taman Muhibbah.