fb fb fb fb fb

Bantuan Aidilfitri, RM200 setiap penerima

BACHANG, 11 April- Sejumlah RM348,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri Melaka untuk bantuan perayaan Aidilfitri kepada 1,740 penerima, tahun ini.

Dana diagih melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata penerima terdiri daripada golongan B40 seperti ibu tunggal dan warga emas.

Penerima bakal menerima RM200 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

"Dan untuk pengetahuan, tahun inilah tahun pertama yang kita buka kepada penerima muslim untuk menerima sumbangan. Terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka yang prihatin," katanya.

(Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Nordin)

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri 2023 di JAPERUN Pengkalan Batu, di sini.

Media Baharu