
KUCHING, 9 Januari – Enam pusat pemindahan sementara (PPS) baharu di Sarawak diaktifkan setakat pukul 6.00 pagi tadi susulan hujan berterusan sejak semalam.
- Enam PPS baharu diaktifkan di beberapa kawasan Sarawak susulan hujan berterusan.
- Jumlah PPS aktif kini lapan, melibatkan 319 penduduk daripada 93 Ketua Isi Rumah.
- PPS baharu dibuka di Serian termasuk Balai Raya Kampung Betong Kanowit dan SK Tanah Merah.
- Di Samarahan dan Bau turut dibuka PPS di SK Endap dan Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mongag.
- Beberapa PPS mencatat peningkatan jumlah mangsa dan situasi masih dikemas kini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia menjadikan jumlah PPS aktif sebanyak lapan PPS; melibatkan 319 penduduk terjejas banjir daripada 93 Ketua Isi Rumah (KIR).
“PPS yang baharu dibuka di Serian ialah Balai Raya Kampung Betong Kanowit, Dewan Taman Duranda Emas, ST Peter Simpok, Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah.
“Di Samarahan, PPS yang dibuka ialah SK Endap, manakala di Bau ialah PPS Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mongag,” menurut kenyataan itu.
JPBN turut memaklumkan PPS ST Peter Simpok, Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru dan SK Tanah Merah menunjukkan trend peningkatan jumlah penduduk terjejas banjir dan situasi masih sedang dikemas kini berikutan hujan yang masih melanda di kawasan tersebut.