
MUAR, 27 Julai- Seramai 138 penduduk daripada 37 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Muar susulan banjir kilat akibat hujan berterusan sejak semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat Pemindahan Sementara di SK Parit Bulat dan SK Orang Kaya Ali digunakan.
- Muar kekal sebagai satu-satunya daerah terjejas banjir di Johor, tiada kematian dilaporkan.
- Paras air Sungai Sarang Buaya dicatat 1.97 meter, hampir paras amaran dua meter.
- Orang ramai diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor memaklumkan kedua-dua PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bulat dan SK Orang Kaya Ali.
Menurut jawatankuasa itu, Muar kekal sebagai satu-satunya daerah yang terjejas banjir di Johor, setakat ini.
Sementara itu, paras air Sungai Sarang Buaya di Kampung Parit Tengah direkodkan pada 1.97 meter, hampir mencecah paras amaran iaitu dua meter.
Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.