Dua cadangan reformasi institusi utama akan disembah maklum pada Majlis Raja-Raja

Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Dua cadangan reformasi institusi utama membabitkan had tempoh jawatan Perdana Menteri serta pengasingan peranan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka disembah maklum kepada Majlis Raja- Raja pada Oktober.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat setelah JKPK menyerahkan syor hasil libat urus.
  • Perdana Menteri memberi persetujuan dalam mesyuarat Kabinet untuk membolehkan syor JKPK disembah maklum.
  • Rancangan untuk melaksanakan pindaan RUU Perlembagaan 2026 bagi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
  • Azalina menjawab soalan tambahan ahli Dewan Negara mengenai status pelaksanaan agenda reformasi institusi dan rang undang-undang utama.

Ia seterusnya akan dibentangkan pada sidang terakhir Parlimen, tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, keputusan berkenaan dibuat selepas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) selesai mengemukakan syor hasil libat urus.

“Perdana Menteri telah membuat keputusan dalam mesyuarat Menteri Kabinet untuk membolehkan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) disembah maklum terlebih dahulu kepada mesyuarat Majlis Raja-raja yang bakal diadakan pada Oktober.

“Dan pada sesi parlimen yang terakhir tahun ini, Insya Allah dapat kita laksanakan seterusnya pindaan terhadap Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara Datuk Abdul Halim Suleiman yang ingin tahu status pelaksanaan agenda reformasi institusi yang telah diumumkan oleh kerajaan serta rang undang-undang utama yang dijangka dibentangkan pada tahun ini, di Dewan Negara hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.