21 inisiatif reformasi utama dilaksana 2022 – 2025

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Julai – 21 inisiatif reformasi utama dilaksana bagi tempoh 2022 hingga 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemansuhan hukuman mati mandatori untuk memperkukuh keadilan dan reformasi undang-undang.
  • Penubuhan Tribunal Anti-Buli bagi melindungi mangsa dan mempertingkatkan mekanisme aduan serta tindakan pencegahan.
  • Pengukuhan struktur bantuan guaman untuk meningkatkan akses keadilan bagi golongan kurang mampu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, ia merangkumi pemansuhan hukuman mati mandatori, penubuhan Tribunal Anti-Buli dan pengukuhan struktur bantuan guaman.

Manakala beberapa lagi pembaharuan institusi dijangka dibentangkan pada sidang terakhir Parlimen tahun ini.

“Ia merangkumi pemansuhan hukman mati mandatori, penubuhan tribunal anti buli, pengukuhan struktur bantuan guaman, pengukuhan perlindungan kanak-kanak, pemulihan autonomi Perlindungan Akta Perlindungan Parlimen 2025 serta pelbagai pembaharuan dalam bidang ekonomi komersil dan keadilan keselamatan siber.

“Dalam usaha meneruskan momentum reformasi ini, kerajaan Madani sedang melaksana beberapa inisiatif reformasi utama bagi tahun 2026,” katanya.

Datuk Seri Azalina menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Datuk Abdul Halim Suleiman pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.