fb fb fb fb fb

Bajet MAIWP 2023, diperuntuk RM1.45 bilion

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 22 November- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.45 bilion bagi bajet tahun 2023.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, jumlah itu telah meningkat sebanyak 13.54%, berbanding bajet 2022 iaitu sebanyak RM1.28 bilion.

Ketika mengumumkan Bajet MAIWP 2023 di ibu negara beliau berkata, dana besar itu memfokuskan pengagihan, pengurusan dan pembangunan di semua Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

"Untuk pengetahuan semua pada tahun ini kita mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM900 juta jadi kita harap tahun hadapan peningkatan kepada RM1 billion dan semakin bertambah. Lain-lain anggaran pendapatan MAIWP tahun 2023 terdiri daripada aktiviti sewaan, yuran pengajian, serta pelaburan dan peruntukan geran daripada Kementerian Kewangan melibatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan," katanya di sini.

Ia berikutan anggaran pendapatan MAIWP tahun depan yang meningkat sebanyak 15.7% bersamaan dengan RM1.28 bilion berbanding tahun 2022 yang mencatatkan RM1.11 bilion.

Bagi menampung anggaran perbelanjaan tahun 2023, MAIWP juga telah menyediakan bajet defisit melalui pencairan rezab simpanan dan wang tunai sebanyak RM162.12 juta.

MAIWP juga mengambil inisiatif dengan menyalurkan Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani kepada asnaf di semua Wilayah Persekutuan berikutan prihatin dengan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik.

Bantuan tersebut akan disalurkan secara berperingkat sehingga Disember tahun ini melibatkan hampir 74,000 penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM50 juta.

(Foto hiasan)

Media Baharu