Awatar AI sedia dengar, garap harapan suara rakyat

PM mengajak rakyat ikut serta dalam kempen untuk mencipta wacana yang segar untuk Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mendengar dan menggarap harapan suara rakyat untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hantaran Facebook mengajak semua lapisan masyarakat berkongsi pandangan dan aspirasi melalui Avatar Anwar.
  • Kempen bertujuan mencipta wacana yang segar untuk masa depan negara dan rakyat.
  • Negara akan bertambah baik apabila berpaksi pada suara dan kehendak rakyat yang rencam.
  • Pandangan serta aspirasi boleh dihantar terus menerusi pautan WhatsApp yang disediakan.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri mengajak segenap lapisan masyarakat berkongsi pandangan serta aspirasi secara terus menerusi ‘Avatar Anwar’.

“Malaysia dibina oleh cita, kudrat dan kekuatan rakyatnya yang rencam kaum dan budaya.

“Saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya berpaksi pada suara dan kehendak rakyat dan mengajak semua untuk ikut serta dalam kempen ini untuk mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat,”katanya menerusi hantaran berkenaan.

Pandangan serta aspirasi boleh dihantar menerusi pautan yang telah disediakan https://wa.me/60378850523

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.