
KUALA LUMPUR, 18 Julai – Beberapa lokasi di Petaling Jaya termasuk Medan Selera 223, dilanda banjir susulan hujan lebat di Lembah Klang, petang tadi.
- JBPM terima laporan banjir pada pukul 4.35 petang.
- Pasukan bomba tiba kira-kira 20 minit selepas laporan diterima.
- Paras air di lokasi dianggarkan sekitar dua meter, tiada pemindahan penduduk dilaporkan.
- Sehingga pukul 5 petang, JBPM Selangor menerima empat panggilan berkaitan pokok tumbang tanpa mangsa.
Kenyataan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian banjir di Medan Selera 223, pada pukul 4.35 petang.
“Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya tiba di lokasi kira-kira 20 minit dan mendapati banjir sedalam kira-kira dua meter. Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan pemindahan penduduk terjejas,”katanya.
Setakat pukul 5 petang tadi, empat panggilan diterima JBPM Selangor melibatkan kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi yang tidak melibatkan mangsa.