
KUALA LUMPUR, 18 Julai – Cabaran beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di Terbuka Jepun berakhir di pentas separuh akhir selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada Sabtu.
- Pilihan kelima tewas dalam perlawanan tiga set yang berlangsung 58 minit.
- Mereka tewas 12-21 pada set pertama tetapi menang 21-11 pada set kedua.
- Pasangan Korea kembali mendominasi dan memenangi set penentuan 21-13 untuk layak ke final.
- Kekalahan itu menjadikan rekod pertemuan kini 3-2 memihak kepada pasangan Korea tersebut.
Pilihan kelima kejohanan itu akur dengan kekalahan tiga set dalam perlawanan yang berlangsung selama 58 minit di Yoyogi National Gymnasium.
Sze Fei-Nur Izzuddin terlebih dahulu tewas 12-21 di set pembukaan sebelum menguasai perlawanan pada set kedua dengan kemenangan menang 21-11 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Gandingan Korea Selatan selaku pilihan utama kejohanan itu kemudiannya kembali bangkit mendominasi gelanggang untuk menang 21-13 dan mengesahkan kemaraan ke pentas final.
KekalahanSze Fei-Nur Izzuddin menyaksikan Kim Won Ho-Seo Seung Jae kini mendahului rekod pertemuan 3-2.