fb fb fb fb fb

Ancaman Rusia, Ukraine gesa penduduk di Kharkiv berpindah

Foto AFP

KIEV, 16 Januari- Pihak berkuasa di wilayah timur laut Ukraine, Kharkiv pada Selasa menggesa penduduk daripada puluhan kampung berhampiran kawasan pertikaian berpindah, susulan Rusia meningkatkan serangan di kawasan berkenaan.

Tentera Rusia menawan sebahagian besar wilayah Kharkiv sejurus selepas menyerang Ukraine pada Februari 2022 dan telah meneruskan usaha untuk merampas wilayah itu.

"Memandangkan keadaan keselamatan, kami memperkenalkan langkah pemindahan mandatori kepada penduduk dari komuniti Kindrashivska dan Kurylivska di daerah Kupyansk," kata gabenor wilayah Kharkiv mengumumkan di media sosial.

Gabenor Oleg Synegubov berkata perintah itu akan menjejaskan kira-kira 3,043 orang termasuk 279 kanak-kanak.

Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara terperinci tentang ancaman Rusia.

Tentera Rusia menyasarkan untuk menawan hab di wilayah Kupiansk iaitu persimpangan kereta api penting yang mempunyai populasi sebelum perang sekitar 30,000 orang.

Ukraine kerap mengarahkan orang awam untuk menyelamatkan diri, berpindah dari bandar dan kampung yang terjejas akibat serangan Rusia demi mengelakkan angka korban terus meningkat.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM