Kes pelupusan tanah: Reman pengerusi agensi kerajaan, pengarah syarikat disambung 3 hari

Reman pengerusi sebuah agensi kerajaan dan pengarah syarikat disambung tiga hari lagi – Foto RTM

GEORGETOWN, 24 Ogos – Tempoh reman pengerusi agensi kerajaan dan pengarah syarikat disambung tiga hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah di Pulau Pinang membabitkan kerugian RM1.96 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurhanisah SH Sahul Hamid selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret.
  • Lima individu ditahan ketika beri keterangan di pejabat SPRM; tiga daripadanya dibebaskan dengan jaminan.
  • Pengerusi disyaki salah guna kuasa lulus jual lapan lot tanah 2015; kes di bawah Seksyen 23 SPRM, hukuman hingga 20 tahun dan denda.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 40-an dan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nurhanisah SH Sahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lima individu termasuk pengerusi agensi kerajaan, dua pengarah syarikat, pengurus teknikal dan kerani wanita ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat suruhanjaya itu.

Kelima-lima individu terbabit direman empat hari mulai Jumaat lepas.

Bagaimanapun, tiga daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan.

Pengerusi agensi kerajaan tersebut disyaki menyalahgunakan kedudukannya ketika memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi dan ahli lembaga pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah milik agensi bawah sebuah kementerian di Seberang Perai Selatan pada 2015.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.