Chong Jie Yu-Vannee Gobi bangkit, raih emas beregu wanita untuk Perak

Foto RTM

SHAH ALAM, 24 Ogos – Gandingan Perak, Chong Jie Yu dan Vannee Gobi melakar kebangkitan untuk menewaskan pasangan Wilayah Persekutuan, Leong Hwee Ling -Teh Xin Ying dalam aksi tiga set 15-21, 22-20 dan 21-8 untuk meraih pingat emas acara beregu wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keyakinan dan semangat untuk menang jadi faktor utama kebangkitan pada set penentuan.
  • Nasihat jurulatih membantu mereka kekal fokus dan tidak biarkan tekanan mengganggu tumpuan.
  • Sokongan penyokong membantu pasangan kembali yakin, cari rentak dan bangkit selepas perak SUKMA 2024.

Pasangan Perak itu yang tewas 15-21 pada set pertama, hampir tewas set kedua sebelum bangkit dalam pertarungan sengit untuk menang 22-20 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Momentum kebangkitan itu kemudiannya dimanfaatkan sepenuhnya oleh Jie Yu dan Vannee bagi mengawal permainan untuk menutup set ketiga dengan kemenangan 21-8.

Jie Yu menjelaskan, menyifatkan keyakinan dan semangat untuk menang menjadi faktor utama kebangkitan pada set penentuan.

“Pada rubber set, kami kembali yakin. Kami cuba membaca permainan mereka dan melihat jenis pukulan yang akan dilakukan. Saya rasa perkara paling penting adalah keyakinan,” katanya.

Menurutnya, nasihat jurulatih turut membantu mereka kekal fokus terhadap permainan sendiri dan tidak membiarkan tekanan mengganggu tumpuan.

Selain itu, sokongan penyokong turut menjadi pembakar semangat kepada pasangan berkenaan selepas mereka mengakui agak gugup pada set pertama.

Sementara itu, Vannee, menyifaitkan sokongan para penyokong turut membantu pasangan berkenaan untuk kembali mendapatkan keyakinan dan rentak permainan.

“Sokongan penyokong memang penting. Itu yang membuatkan kami lebih yakin, dapat mencari kembali rentak dan bermain dengan tenang.

Lebih manis kejayaan memenangi emas hadir selepas pasangan berkenaan sekadar memenangi pingat perak pada edisi SUKMA 2024 di Sarawak.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.